Puteri Bunian Bulan oleh Aliff Mustafa | Ulasan Buku

11.07.2020


BLURB: Alam raya ini bakal menyaksikan perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka satu per satu khalifah di Nusantara pun mula dibangkitkan. Bukan di alam nyata sahaja, malah di dunia sebelah sana juga.

Ini ialah kisah kelahiran seorang puteri yang suatu hari nanti bakal mengubah status hierarki beraja di seluruh alam. Lahirnya di sebuah pulau dari Pantai Timur Malaysia.

Ini juga kisah seorang putera yang sangat sayangkan maruah umat manusia sehingga sanggup menghancurkan segala-gala dengan bara apinya.

Dua manusia berdarah istimewa ini akan melaga keazaman mereka, kepercayaan mereka, tekad dan raksa kersani mereka demi satu matlamat agung untuk membebaskan tanah kelahiran mereka dari terus jahil di dalam permainan syaitan. Kesudahannya akan membuka mata semua makhluk bernyawa. Mereka ialah bukti hidup yang segala-galanya ada di sekeliling kita!
Kita masih manusia kerana kita mengharungi ujian. Manusia yang hidup tanpa ujian sama sahaja seperti mati, hati tidak akan terasah untuk menghargai. Apabila kita kehilangan sesuatu, kita akan sedar yang kita sayangkan sesuatu tu lebih daripada apa yang kita pernah tahu. Tapi untuk kau, dan juga aku, yang sudah lahir ke dunia ini bersama dengan tanggungjawab untuk menjaga Laila, harus lebih daripada itu. Kita ada amanah, dan kita sanggup mati kerananya.

Tajuk: Puteri Bunian Bulan
Penulis: Aliff Mustafa
Genre: Fantasi, Mitologi Melayu
Rating Goodreads: 4.00
Pages: 401
Penerbitan: 2020 oleh Mahakarya (Imprin Patriots Publishing)
Sumber: Shopee
Format pembacaan: Paperback
Jenis Reviu: Tanpa spoiler
ulasan
⭐⭐⭐⭐


This review was long due, aku habis baca buku ni dalam dua minggu lepas tapi balik-balik tangguh taip reviu buku dan hujungnya, dek kesibukan awal semester, hari ini baru dapat aku ada motivasi dan masa sikit untuk post reviu ini. Sedikit disclaimer, ini reviu buku pertama aku tulis dalam Bahasa Melayu dan post di blog, jadi kalau bunyi janggal sikit, faham-fahamlah ya hehe.

Puteri Bunian Bulan mengisahkan seorang remaja perempuan, Laila Dahlia yang kehidupannya berubah 360 darjah pada malam ulang tahunnya yang ke-17. Buat pertama kalinya, Laila bertemu dengan makhluk ghaib selain hantu, yang mendedahkan kebenaran tentang identiti Laila dan kewujudan kerajaan ghaib yang ada kaitan dengan identiti Laila. Trope ni biasa nampak dalam novel-novel fantasi macam Harry Potter, Percy Jackson, basically majoriti novel fantasi yang aku pernah baca dan penggunaan trope ni dalam Puteri Bunian Bulan tidak kurang hebatnya dengan novel-novel fantasi Bahasa Inggeris yang aku pernah baca. Tambahan lagi sebab cerita ni berkisar tentang cerita mitologi Melayu dan aku sendiri membesar dengan cerita-cerita rakyat yang lebih kurang dengan tema buku ni, rasa macam lebih real dan dekat dengan diri aku sendiri haha. Yang lebih menarik, disebabkan latar masa untuk cerita ni. Bayangkan prosa tradisional yang biasa kita baca dalam KOMSAS Bahasa Melayu dulu-dulu tapi dalam dunia moden. A modern take of Malay traditional prose. Disebabkan aku masih kurang baca novel fantasi Melayu, ini ialah benda baru bagi aku jadi aku rasa cerita ni sangat unik dan menarik.


Gaya bahasa dan olahan cerita oleh penulis tip top. Cerita-cerita tentang makhluk ghaib di Alam Melayu selalunya ditulis dengan gaya naratif macam dalam prosa tradisional yang agak sukar untuk difahami dan perlukan masa dan fokus lebih untuk fahamkan ceritanya dan kenal satu-satu watak yang ada. Tapi, dalam Puteri Bunian Bulan, meskipun gaya penceritaannya bukanlah santai macam novel kontemporari yang selalu aku baca, tetap mudah difahami. Dan yang paling aku suka, mudah faham dan keindahan bahasa masih terserlah dalam penulisan. Teknik penceritaan buat aku tak boleh berhenti membaca dan cerita ni juga penuh dengan aksi, membuatkan aku dapat habiskan lebih separuh buku ini dalam masa sehari. World-building dan sistem magisnya pun mudah difahami, tak pening. Kesalahan tatabahasa dan ejaan yang aku dapat tangkap pun hanya sikit, itu pun bahagian belakang-belakang dan bukan kesalahan major. Aku boleh terima kesalahan sikit-sikit sebab faham yang syarikat yang menerbitkan buku ni bukan syarikat penerbitan yang besar. Malah patut dipuji sebab dengan syarikat kecil pun dapat terbitkan buku berkualiti macam ni, story, editing and writing-wise.

Dan sekarang sampai ke bahagian yang aku paling suka untuk tulis dalam semua reviu aku; tentang watak-watak buku ni. Watak utama buku ni ada dua, Laila Dahlia dan Putera Andika dan bagi aku, both of them are solid main characters. Laila is hands down, salah satu watak utama perempuan yang paling aku suka in my history of reading. Dia sangat bijak merancang strategi dan tak buat keputusan terburu-buru dalam situasi genting, dan ciri-ciri ni hanya kadang-kadang aku nampak dalam watak utama seumur Dahlia (I'm looking at you, Clary Fray). Dia juga ialah seorang yang amat baik, tinggi kepemimpinannya dan penyayang. Putera Andika, watak utama yang kedua, juga sama hebatnya dengan Laila. Walaupun dia lebih agresif dan bertindak lebih teburu-buru berbanding Laila dan nampak macam watak antagonis dalam buku ni, setelah mengenal sisi lain Andika, barulah nampak yang rupanya dia juga salah satu watak protagonis. Andika ada visinya yang tersendiri dan semangatnya untuk mencapai visi tersebut amatlah tinggi. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk capai visi tersebut dan jika Andika ialah watak jahat sebenar dalam cerita ni, dia patut digeruni. Dinamik Laila dan Andika amat menarik, tapi aku tak rasa dan nampak sangat interaksi antara mereka berdua. Chemistry itu sudah ada, it just need to be explored more. Aku ship Laila dan Andika tapi aku tak tahu nak ship both of them as a possible couple or friends haha. But I know that I'm rooting for them as co-leaders! Dengan sikap penyayang Laila dan tekad Andika, they can totally kick their enemies' butt.

That Laila and Andika's fight scene reminded me to one of the fight scenes in Mr & Mrs Smith

Watak-watak sampingan juga solid. Tema kekeluargaan, persahabatan dan percintaan semuanya ada tapi yang paling jelas aku nampak ialah tema persahabatan. Persahabatan antara Salmi dan Laila yang ternyata ada kisah di sebaliknya, persahabatan antara Laila dan Elfa, Laila dan Izma, semuanya ada keunikan sendiri dan aku teruja untuk lihat perkembangannya di novel sekuel.

Another bonus point for this book for how well the relationship between the fantasy element and religious element is done. Elemen fantasi dan keagamaan selalu diasingkan dalam cerita-cerita fantasi Barat sebab lebih selamat untuk tak kaitkan agama langsung dalam cerita fantasi, dan aku selalu tertanya-tanya macam mana pula dengan novel fantasi Melayu, sebab umum sedia maklum yang agama sememangnya sukar dipisahkan daripada mana-mana cerita Melayu, apa lagi cerita-cerita tentang makhluk ghaib. Jika diasingkan, akan terasa sangat ganjil tapi untuk kaitkan juga susah sebab isu agama sangat sensitif dan jika ada satu perkataan yang salah, satu buku boleh salah terus. Tapi buku ni menjawab persoalan aku dengan sangat baik sebab elemen fantasi dan keagamaan digabungkan dengan sangat baik dan tak bercanggah dengan apa yang aku tahu. Novel ni tetap fantasi yang sudah pastinya tak boleh percaya macam benda ni ialah nyata, tapi elemen agama digunakan dengan sangat baik.

Tabik dan tahniah kepada penulis dan semua yang terlibat, berjaya menghasilkan penulisan dan cerita yang unik, menarik dan berkualiti. Tak sabar untuk baca novel seterusnya!



Post a Comment

Instagram follow @nerdbilla